Wednesday 31 March 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 


ELEMEN ASAS GRAFIK

  1. MUDAH

  • Penglihatan seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah difahami dalam bentuk foto mahupun video.


  • Contoh : Sekeping foto sepasang kasut atas rumput.

  1. WARNA

  • Kombinasi warna dalam sesuatu gambaran berbentuk foto atau video. Grafik sewajarnya tidak melebihi daripada tiga warna.

 

  • Contoh : Sekeping foto tiga kuntum bunga ros berwarna merah dan batang berwarna hijau berlatarkan warna hitam. 

  1. TEKS

  • Jenis dan saiz font yang dipilih dalam persembahan grafik. Kandungan dalam teks juga diambil kira bagi tujuan pemahaman terhadap grafik.


  • Contoh : Bunting yang memaparkan perasmian kedai baharu dengan teks "Selamat Datang ke Restoran Kamal" disertai font yang mudah difahami dan dibaca. 

  1. KESESUAIAN

  • Grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat, latar masa dan latar watak yang terdapat dalam foto atau video.


  • Contoh : Foto makanan yang dihiasi peralatan dapur di sekililing. Terdapat teks nama hidangan di ruang foto yang kosong.

  1. KESEIMBANGAN

  • Ruang dalam foto dan video iaitu ruang kiri dan kanan serta atas dan bawah yang seimbang di ruang tersebut. 


  • Contoh : Sebuah foto manusia secara beramai-ramai yang terdapat di kira, kanan, dan tengah gambar. Hal ini menunjukkan keseimbangan foto apabila kiri, kanan, dan tengah mempunyai objek.


Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa,

Penerbit UPM, Serdang.

         

Ana Nadhirah binti Zulkifle

203013


BBM3410-2021-MINGGU2-PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

Pendekatan Analisis Wacana 
(Normaliza Abd Rahim, 2018)







PRA-ANDAIAN



  1. Intuisi

  2. Konteks

  • Penerimaan / Penafian

  • Keperluan

  • Perujukan

  • Anafora

  • Pengulangan

  • Kekaburan

  • Penegasan






EMOSI



  1. Positif

  2. Negatif

  3. Emosi Bercampur

  • Perangai

  • Personaliti

  • Mood

  • Motivasi







NILAI DAN BUDAYA




  1. Diri

  2. Masyarakat

  3. Adat

  • Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan

  • Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

  • Hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat

  • Keadilan, kebebasan, rasional



BAHASA




  1. Bahasa pertama/kedua/ketiga

  2. Formal / tidak formal

  3. Kesalahan bahasa

  4. Linguistik 


INFERENS



  1. Rumusan keseluruhan

  2. Rumusan topik perbincangan

  3. Penutup kata


Sumber : Normaliza Abd Rahim (2019)

Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori Aplikasi

Penerbit UMT, Kuala Nerus

    Pra-andaian merupakan perkara yang perlu diketahui supaya dapat diamalkan sebelum permulaan hujah atau tindakan. Pra-andaian terbahagi kepada dua, iaitu intuisi dan konteks. Intuisi ialah istilah bagi kemampuan memahami sesuatu tanpa melalui pemikiran rasional dan intelektual. Konteks pula dilakukan secara lisan yang merujuk kepada teks atau ucapan. Konteks ini mempengaruhi cara ungkapan difahami, iaitu dapat dianalisis dari aspek penerimaan/penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan, dan penegasan.

    Emosi pula ialah ekspresi perasaan yang ada dalam diri seseorang. Emosi terbahagi kepada tiga, iaitu emosi positif, emosi negatif, dan emosi bercampur. Emosi seseorang dapat dianalisis daripada beberapa aspek seperti perangai, personaliti, mood, dan motivasi.

    Nilai dan budaya dapat dianalisis daripada aspek diri, masyarakat, dan adat. Antara nilai yang diterapkan dalam diri seseorang dan diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat adalah seperti jujur, ikhlas, hemah tinggi, kerjasama, kesantunan, berdikari, semangat bermasyarakat, kasih sayang, dan sebagainya. Amalan nilai yang baik ini dapat menggambarkan kehidupan sesebuah budaya.

    Bahasa dikategorikan kepada aspek formal dan tidak formal. Dalam bahasa, terdapat bahasa pertama, bahasa kedua, dan bahasa ketiga yang dianalisis bagi merujuk kepada kata ganti nama diri dalam komunikasi atau penulisan. Kesalahan bahasa pula dianalisis daripada pelbagai aspek seperti aspek tatabahasa, ejaan, ayat, dan lain-lain. Linguistik juga dianalisis secara mendalam supaya lebih tepat dan jelas.

    Inferens terbahagi kepada tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan, dan penutup kata. Setiap aspek dalam inferens ini perlu dianalisis dan dibincangkan supaya memperoleh huraian yang lebih tepat serta jelas.



 Ana Nadhirah binti Zulkifle
203013          













Wednesday 24 March 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1B

 Cerita Sosial 1 




Watak

1. Alim

2. Datuk dan nenek sebelah ibu Alim

3. Datuk dan nenek sebelah ayah Alim

4. Ibu dan bapa Alim

5. Abang Imran

6. Kak Madinah

7. Aisyah




Latar Tempat

1. Rumah datuk dan nenek

2. Kampung di Kajang

3. Reban ayam lama

4. Reban ayam baharu

  • 50 meter dari reban lama

5. Ruang tamu

6. Dapur

7. Dalam kereta

  • Aisyah mencari permainan yang terletak di celah-celah kerusi dalam kereta



Latar Masa

1. 30 minit perjalanan pulang ke kampung

  • Pulang ke kampung yang terletak di Kajang


2. Hari ini

  • Alim dan keluarga pulang ke kampung datuk dan nenek sebelah ibu







Latar Masyarakat

1. Masyarakat kampung

  • Datuk dan nenek Alim tinggal di kampung

  • Datuk dan nenek Alim membela ayam dan itik di kampung


2. Masyarakat bandar

  • Alim sekeluarga pulang ke kampung datuk dan nenek di Kajang


3. Masyarakat penyayang

  • Nenek memujuk Alim yang sedang menangis

  • Alim sayang ayam dan itik di kampung


4. Masyarakat sejahtera

  • Alim ketawa sambil menonton cerita kartun bersama Abang Imran, Kak Madinah, dan Aisyah di ruang tamu




Emosi Positif

1. Emosi gembira

  • Alim tersenyum melihat ayam dan itik

  • Alim ketawa bersama Abang Imran, Kak Madinah, dan Aisyah sambil menonton televisyen


2. Emosi teruja

  • Alim tidak sabar untuk pulang ke kampung




Emosi Negatif

1. Emosi sedih

  • Alim menyangka ayam dan itik tiada di kampung

  • Alim menangis di tepi reban

  • Alim menangis tanpa sebab

  • Alim menyangka rumah datuk dan nenek sudah tiada


2. Emosi marah

  • Alim menyangka ayam dan itik tiada di kampung


Sumber : Normaliza Abd Rahim (2019)

Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori Aplikasi

Penerbit UMT, Kuala Nerus



Ana Nadhirah binti Zulkifle

203013




BBM3410-2021-MINGGU 1A

Selamat datang ke Mimpi Nadhi! 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Nama diberi Ana Nadhirah binti Zulkifle dan lebih dikenali sebagai Nadh.Untuk permulaan ni Nadh nak kongsikan dengan semua mengenai diri Nadh yang ramai tak tahu. Apa yang kalian nak tahu? Jom Nadh kongsikan dengan semua serba sedikit ๐Ÿ˜.

Nadh lahir pada 14 November 1999 dan kini berusia 22 tahun. Nadh merupakan anak jati Pahang yang lahir di titik tengah semenanjung, iaitu di Temerloh, Pahang. Mesti ramai yang tahu apa makanan yang popular di daerah Temerloh kan? Ikan patin laa makanan yang popular di daerah Temerloh dan menjadi makanan kegemaran Nadh. Orang Temerloh selalu kata "memang sedak patin koi ni"๐Ÿ˜‹. Nadh ada tiga orang adik-beradik dan merupakan anak yang kedua. Ohh yaa, Nadh ialah puteri sulung kepada Encik Zul dan Cikgu Rohana. Entah kenapa, pandangan pertama semua orang pada Nadh mesti akan cakap Nadh ni garang. Mana ada garang, kalau nak kenal kena borak-borak dulu baru tahu macam mana๐Ÿ˜‰. Kalau orang tanya apa yang istimewa pada Nadh? Nadh orang yang berani dan yakin dalam melakukan sesuatu serta berfikiran positif. Istimewanya diri Nadh lagi sebab Nadh ada satu gigi taring dan lesung pipit di pipi kiri serta kanan yang cantik! Kena puji diri sendiri dan bersyukur dengan anugerah yang ada. 

Kini, Nadh sedang menyambung pengajian sarjana muda di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan mengambil program Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu). Kalau semua nak tahu, keinginan untuk belajar bahasa Melayu dengan lebih mendalam di UPM merupakan salah satu mimpi Nadh yang telah tercapai, alhamdulillah. Inspirasi untuk belajar bahasa Melayu dan memperjuangkan bahasa ini Nadh peroleh daripada Umi Nadh yang mengajar bahasa Melayu. Kerana semangat dan tunjuk ajar dia, banyak program bahasa yang telah Nadh sertai sehingga peringkat kebangsaan sejak zaman sekolah. Keinginan untuk menjadi seorang guru seperti Umi juga merupakan salah satu mimpi yang bakal tercapai dalam hidup Nadh, Insya-Allah. Doakan Nadh berjaya habiskan pengajian ni dan dapat menyambung pengajian pendidikan untuk menjadi seorang guru ya! 

Selamat berkenalan ; Nadhi๐Ÿ’–



Ana Nadhirah binti Zulkifle

203013

                                      

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  Setiap tugasan sepanjang minggu 14 ini disertakan dengan pautan di bawah bagi setiap tajuk : 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEK...