Wednesday 24 March 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1A

Selamat datang ke Mimpi Nadhi! 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Nama diberi Ana Nadhirah binti Zulkifle dan lebih dikenali sebagai Nadh.Untuk permulaan ni Nadh nak kongsikan dengan semua mengenai diri Nadh yang ramai tak tahu. Apa yang kalian nak tahu? Jom Nadh kongsikan dengan semua serba sedikit ๐Ÿ˜.

Nadh lahir pada 14 November 1999 dan kini berusia 22 tahun. Nadh merupakan anak jati Pahang yang lahir di titik tengah semenanjung, iaitu di Temerloh, Pahang. Mesti ramai yang tahu apa makanan yang popular di daerah Temerloh kan? Ikan patin laa makanan yang popular di daerah Temerloh dan menjadi makanan kegemaran Nadh. Orang Temerloh selalu kata "memang sedak patin koi ni"๐Ÿ˜‹. Nadh ada tiga orang adik-beradik dan merupakan anak yang kedua. Ohh yaa, Nadh ialah puteri sulung kepada Encik Zul dan Cikgu Rohana. Entah kenapa, pandangan pertama semua orang pada Nadh mesti akan cakap Nadh ni garang. Mana ada garang, kalau nak kenal kena borak-borak dulu baru tahu macam mana๐Ÿ˜‰. Kalau orang tanya apa yang istimewa pada Nadh? Nadh orang yang berani dan yakin dalam melakukan sesuatu serta berfikiran positif. Istimewanya diri Nadh lagi sebab Nadh ada satu gigi taring dan lesung pipit di pipi kiri serta kanan yang cantik! Kena puji diri sendiri dan bersyukur dengan anugerah yang ada. 

Kini, Nadh sedang menyambung pengajian sarjana muda di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan mengambil program Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu). Kalau semua nak tahu, keinginan untuk belajar bahasa Melayu dengan lebih mendalam di UPM merupakan salah satu mimpi Nadh yang telah tercapai, alhamdulillah. Inspirasi untuk belajar bahasa Melayu dan memperjuangkan bahasa ini Nadh peroleh daripada Umi Nadh yang mengajar bahasa Melayu. Kerana semangat dan tunjuk ajar dia, banyak program bahasa yang telah Nadh sertai sehingga peringkat kebangsaan sejak zaman sekolah. Keinginan untuk menjadi seorang guru seperti Umi juga merupakan salah satu mimpi yang bakal tercapai dalam hidup Nadh, Insya-Allah. Doakan Nadh berjaya habiskan pengajian ni dan dapat menyambung pengajian pendidikan untuk menjadi seorang guru ya! 

Selamat berkenalan ; Nadhi๐Ÿ’–



Ana Nadhirah binti Zulkifle

203013

                                      

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  Setiap tugasan sepanjang minggu 14 ini disertakan dengan pautan di bawah bagi setiap tajuk : 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEK...