PORTRAIT
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang.
NOTA : Portrait merupakan gambar yang memfokuskan imej dalam jarak yang dekat. Sesebuah gambar itu akan lebih jelas jika diambil dalam studio tertutup kerana di studio disediakan lampu khas yang menjadikan gambar portrait lebih jelas dan cantik. Gambar portrait terhasil dengan mempamerkan rupa atau wajah seseorang dengan emosi yang lebih jelas. Namun, untuk penggambaran video tidak sesuai untuk menggunakan portrait kerana video mempunyai banyak pergerakan dan susah untuk memberi fokus pada sesuatu imej.
Draf Portrait (Muka)
Lokasi : Pulau Perhentian, Terengganu
Waktu : Pagi
Huraian : Gambar menampakkan wajah model yang cantik dengan latar belakang yang kabur.
Model : Azrin Adlina
Lokasi : Kuala Lumpur
Waktu : Petang
Huraian : Gambar menunjukkan wajah model yang disinari oleh matahari dengan berlatarkan sebuah bangunan yang kelihatan kabur.
Model : Muhammad Haris
Lokasi : i-City Theme Park
Waktu : Petang
Huraian : Gambar memfokuskan pada wajah model yang jelas kelihatan gembira bermandi-manda di kolam renang.
Model : Izat Iskandar
Draf Portrait (Separuh Badan)
Lokasi : Zoo Negara
Waktu : Pagi
Huraian : Latar belakang yang kabur memberi fokus pada gambar pasangan suami isteri.
Lokasi : Syarikat My Tukar, Puchong
Waktu : Petang
Huraian : Gambar separuh badan model diambil dengan menampakkan jaketnya yang berwarna oren.
Lokasi : Bangunan Dynaton, Temerloh
Waktu : Petang
Huraian : Kabur pada latar belakang memberi fokus pada separuh badan model dalam gambar.
Model : Nadhirah Zulkifle
Draf Portrait (Penuh)
Lokasi : Kedai kereta
Waktu : Pagi
Huraian : Gambar memfokuskan pada seluruh badan model yang sedang duduk di atas motor.
Lokasi : Taman Rekreasi, Uitm Lendu
Waktu : Petang
Huraian : Kedudukan yang menampakkan seluruh badan model dengan memakai pakaian tradisional masyrakat Cina kelihatan jelas kerana latar belakang yang kabur.
Model : Sarah Syahirah
Lokasi : Kafe di Kuala Lumpur
Waktu : Pagi
Huraian : Kabur pada bahagian belakang model menyerlahkan lagi kedudukan model dalam gambar..
Model : Azrin Adlina
No comments:
Post a Comment