Kisah Sedih Sebenar
Aplikasi : Facebook
Dalam hidup setiap orang, pasti ada cerita sedih di sebalik bahagianya kehidupan. Kisah sedih kita semua tak sama dan cuma kita yang rasa sebab kaki kita bukan dalam kasut yang sama. Bila baca post kawan-kawan rasa sedih, tapi ada juga yang selit kelakar. Daripada situ saya belajar yang perjalanan hidup kita semua tak sama. Andai saya rasa kisah saya dah cukup sedih, kena tahu bahawa orang lain jauh lagi sedih kisahnya. Saya sendiri belum tentu kuat sekiranya berada di tempat mereka yang mempunyai kisah jauh lebih sedih. Betul, Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu. Baiknya Allah sebab beri ujian untuk kita jadi manusia yang kuat, bersabar, dekatkan diri dengan-Nya. Andai bersedih, Allah dulu. Luahkan semua yang terbuku di hati. Apa yang Dia beri akan lebih daripada apa yang kita minta. Semoga bermanfaat untuk semua 💖
No comments:
Post a Comment