VIDEO SETEMPAT
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang.
https://youtu.be/NsCWYpmQ4XQ
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Video ini merupakan video setempat yang diambil oleh saya pada malam raya kedua. Niatnya memang nak ambil video pada pagi raya, tetapi tak sempat pula kerana sibuk melayan kerenah ahli keluarga pada Hari Raya. Sebenarnya, saya agak kekok untuk ambil video ni hahaha sebab saya jarang bercakap di hadapan kamera. Sebelum mula rakam, saya tengok dulu macam mana orang lain buat. Nampak je mudah yaa, rupanya susah juga untuk orang yang tak biasa dengan kamera macam saya ni 😂
Apa itu video setempat? Video setempat ialah video yang tidak memerlukan suntingan dan dirakam dalam keadaan yang tidak beralih tempat. Semasa video itu dirakam terdapat suara individu yang merakam sebagai suara latar dan sedang bercerita mengenai perkara yang berlaku pada masa itu. Wajah individu yang merakam tidak termasuk, namun wajah sesiapa sahaja yang berada di kawasan tersebut boleh dimasukkan ke dalam video. Kebiasaannya durasi bagi video setempat dalam empat minit. Kalau perasan, kita sebenarnya selalu buat video setempat ni. Nak tau bila? Video yang kita ambil dan post di Instagram Story tu laa video setempat walaupun durasi satu story hanya 15 saat. Kan selalu kita ambil video tengah makan dengan kawan-kawan, rakam mak tengah masak, rakam adik yang sedang main game, dan sebagainya.
Jadi, saya ingin kongsikan dengan anda semua beberapa langkah untuk ambil video setempat ni. Langkah-langkah untuk mengambil video setempat ialah :
1) Kita kena tahu mengenai apa yang ingin kita kongsikan dalam video tersebut. Sebagai contoh, dalam video saya itu saya ingin kongsikan mengenai makanan dan persiapan pada Hari Raya.
2) Pastikan suara kita jelas dan kuat supaya dapat didengar dalam video.
3) Sebelum saya duduk setempat dalam video, saya ada membuat perkenalan sedikit mengenai video tersebut. Jadi pada awalnya, saya berdiri di tempat lain dahulu.
4) Semasa sedang bercakap, kita kena pastikan kamera kita tertumpu pada perkara yang sedang kita cakap mengenainya. Jangan kita tengah bercakap perkara lain, eh kamera tunjuk perkara lain hahaha.
5) Video setempat ini dirakam dalam keadaan yang tidak beralih, jadi jangan pulak lari pergi rakam tempat lain hahaha duduk je kat satu tempat tu dan cerita apa sahaja mengenai perkara di sekeliling.
6) Semasa saya sedang merakam video, ada pulak saya tergelak laa dan lepastu bateri telefon pula habis. Jadi saya terpaksa gabungkan beberapa video, namun masih dalam keadaan yang sama dan tidak nampak ketara perubahannya.
7) Setelah siap rakam video setempat, saya edit dahulu video saya dengan menambah suara latar dan lagu untuk pengenalan serta penutup video iaitu pada bahagian poster. Terdapat juga beberapa teks yang saya tambah pada video tersebut.
Terima kasih semua yang sudi menonton video setempat saya dan sudi membaca blog saya ni. Saya ucapkan selamat Hari Raya pada semua dan mohon maaf andai ada salah daripada saya💖
No comments:
Post a Comment