Sunday 16 May 2021

BBM3410-2021-MINGGU 7-VLOG HARI RAYA

VIDEO DOKUMENTARI HARI RAYA


https://youtu.be/L91n6QxNXz4 

    Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya dan rakan-rakan yang terdiri daripada ahli kumpulan klik klik telah menghasilkan satu video dokumentari Hari Raya. Video raya ini mengandungi pelbagai cerita yang menunjukkan suasana Hari Raya. Tahun 2021 ni masing-masing tak boleh nak beraya di kampung macam sebelum ni kerana kerajaan telah melaksanakn Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri. Jadi, kami beraya di rumah masing-masing dan buat video dengan keluarga sahaja kerana ziarah-menziarahi rumah jiran tetangga pada Hari Raya juga tidak dibenarkan. Kalau kena denda RM5,000 siapa nak bayar hahahaha 😂😂

    Walaupun raya pkp, kuih raya dan makanan raya yang lain tetap ada. Tengok la dalam video tersebut, rumah Jihah tetap meriah dengan lemang, rendang, nasi himpit, dan sebagainya. Baju raya pun tetap onzz yaa semua hahaha masing-masing pakai baju raya baharu dalam video 😍 Kalau dah pakai baju raya mestilah kena ambil gambar macam Aisyah hahaha cantik betulll mereka!

    Dalam keadaan PKP ni, ramai juga adik beradik dan saudara mara kami yang tak boleh pulang beraya. Jadi anak perantauan laa mereka. Dalam video juga saya ada telefon dengan angah yang tidak dapat pulang beraya. Hanya mampu melihat wajah di skrin telefon sahaja. Sedih memang sedih, tapi itulah cara terbaik buat kami untuk sama-sama menghapuskan penularan wabak COVID-19 ini. Apa pun, alhamdulillah kerana masih lagi diberi nikmat untuk beraya bersama insan-insan tersayang, masih lagi mampu berpakaian raya, dan menikmati juadah raya. Selamat Hari Raya buat semua ahli klik klik dan mereka yang sudi menonton video serta membaca blog saya. Alhamdulillah untuk semuanya 💖

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  Setiap tugasan sepanjang minggu 14 ini disertakan dengan pautan di bawah bagi setiap tajuk : 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEK...