Friday, 7 May 2021

BBM3410-2021-MINGGU 6-SIMPULAN BAHASA

SIMPULAN BAHASA



https://youtu.be/upPloFV1zNU 

Assalamualaikum dan hi semua! Dah tengok video kat atas? Video tersebut merupakan tugasan minggu enam yang dilakukan secara berkumpulan. Ada 10 orang ahli dalam kumpulan yang sama-sama bertungkus-lumus hasilkan video tersebut. Kami diberi tugasan yang bertemakan 'Simpulan Bahasa'. Melalui tema tersebut kami perlu ambil gambar yang sesuai dengan simpulan bahasa yang digunakan. Pelbagai lakonan dan kerenah ditunjukkan oleh ahli kumpulan Klik Klik, berbakat betul yaa semua hahahaha dan ada juga yang minta ahli keluarga menjadi pelakon dalam gambar. Daripada tugasan ini, banyak sebenarnya ilmu yang diperoleh dan memberi satu pengalaman baru buat saya dan rakan-rakan. Mungkin ada diantara pembaca atau penonton yang tak tahu apa maksud simpulan bahasa tersebut, jadi kami kongsikan beberapa simpulan bahasa. Cuma.....makna simpulan bahasa tu kena teka melalui gambar laa yaa 😂 

Menarik sebenarnya bila kita belajar simpulan bahasa ni sebab boleh dipraktikkan dalam komunikasi. Simpulan bahasa ni ada pelbagai, antaranya ada hati, kaki ayam, makan angin, ambil berat, ada bakat, ringan tulang, dan sebagainya. Nampak keindahan dalam bahasa Melayu kan? Jadi, jom kita sama-sama belajar dan cuba praktikkan dalam komunikasi dan penulisan.

Terima kasih rakan-rakan saya yang merupakan ahli kumpulan Klik Klik kerana semua memberi kerjasama yang sangat baik dan bersemangat untuk hasilkan video yang baik. Seronok sangat bekerja dengan mereka! Semoga daripada video tersebut, ada ilmu baru yang diperoleh oleh pembaca dan penonton. Semoga bermanfaat ya buat semua!💖

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  Setiap tugasan sepanjang minggu 14 ini disertakan dengan pautan di bawah bagi setiap tajuk : 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEK...