Sunday 25 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-ASAS FOTOGRAFI (FLATLAY)

FLATLAY

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang.


https://youtu.be/6xvyn3pNf_Y 

1. Flatlay : 90'

2. Half Flatlay : 45' 

3. Quarter Flatlay : 22.5'

4. Zero Flatlay : 0

Assalamualaikum dan hi semua! Minggu ini merupakan minggu 5 dan ada ilmu baru yang saya belajar. Nak tahu apa? Ilmu berkaitan asas fotografi ini merupakan salah satu ilmu dan teknik yang saya tak pernah tahu, iaitu flatlay. Apa itu flatlay? Flatlay ada empat jenis dan sebenarnya kita yang selalu ambil gambar makanan atau barang akan menggunakan teknik flatlay ini. Kalau perasan, saya ada senaraikan empat jenis flatlay kat atas. 

Flatlay merujuk kepada kamera yang diletakkan pada kedudukan 90 darjah. Kedudukan kamera tersebut diambil dari atas dan menampakkan gambar seperti makanan atau item lain yang diambil kelihatan kecil. Half flatlay pula merujuk kepada kedudukan kamera 45 darjah daripada gambar yang diambil. Bagi half flatlay pula, gambar yang diambil akan nampak seperti diambil dari sisi atas.Quarter flatlay merujuk kepada kedudukan kamera 22.5 darjah daripada gambar yang diambil. Zero flatlay merujuk kepada kedudukan kamera yang diletakkan di atas lantai atau meja atau lain-lain. 

Nak tahu kisah di sebalik gambar-gambar tu semua diambil tak? Selepas Prof bagi tugasan flatlay, terus rancang nak ambil gambar macam mana, apa yang perlu ada, dan nak ambil gambar apa. Barang-barang sampingan (props) yang digunakan dalam gambar kebanyakannya baru beli dan ada yang pinjam dari kawan untuk ambil gambar flatlay ni. Nampak semangat kan? Memang semangat betul sebab nak cuba buat sesuatu yang baru dan nak hasil yang memuaskan! 

Setiap perkara yang kita buat pasti ada cabaran kan? Macam tu juga nak ambil gambar flatlay yang pelbagai ni, ada juga cabarannya. Antara cabaran untuk saya ambil gambar flatlay ni ialah untuk dapatkan cahaya yang baik. Setiap petang akan hujan, jadi tiada cahaya matahari :(  Sesuatu gambar itu akan lebih baik jika tiada bayang-bayang, tapi susahnya nak ambil tak nampak bayang-bayang. Kalau perasan, kebanyakan gambar dalam video mesti ada bayang-bayang walaupun dah cuba cari waktu yang terbaik. Apa pun saya puas hati dengan tugasan flatlay ini kerana saya sudah cuba yang terbaik. 

Terima kasih yang menonton dan membaca! 💖



Kehadiran 19 April 2021


Bukti subscribe youtube channel Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  Setiap tugasan sepanjang minggu 14 ini disertakan dengan pautan di bawah bagi setiap tajuk : 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEK...