Gambar dan kapsyen mengenai "Ketenangan"
Aplikasi : Instagram
Assalamualaikum dan hi semua! Tahu tak perkataan 'ketenangan' boleh menunjukkan pelbagai cerita dan makna. Mesti semua ada pendapat sendiri mengenai ketenangan kan? Bagi saya, ketenangan itu luas dan satu anugerah terindah dari Dia. Ketenangan itu perlu kita cari, dengan ikhlas dan reda. Ketenangan juga hadir bila melihat ciptaan Dia yang indah. Bersyukurlah bila diberi ketenangan, bila hati mula tenang kerana itu satu nikmat yang perlu kita hargai. Sebenarnya banyak lagi perkongsian mengenai ketenangan oleh rakan-rakan saya. Jadi, saya sertakan perkongsian gambar berserta kapsyen mengenai ketenangan yang kami kongsikan di aplikasi Instagram. Saya doakan kamu yang membaca diberi ketenangan dalam segala hal dari Dia dan bersyukur dengan nikmat itu. Semoga bermanfaat untuk kita semua. 💖
Bukti komen
No comments:
Post a Comment