VIDEO ONE SHOT
Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang.
Banyaknya video kena buat hm...
Eh tapi bukan semua orang kena buat sampai tiga video. Nama pun tugasan berkumpulan, jadi tugasan ni dibahagikan. Dalam video one shot satu layer orang lain, dua layer orang lain, video tiga layer pulak orang lain. Ahli kumpulan lain ada yang bagi idea, menjadi ketua, pilih lagu, dan edit video. Nad yakin yang ramai tak tahu apa beza ketiga-tiga video ni kan? Semua ni video one shot tapi bezanya pada layer. Okay, next! 👇
1) Video One Shot - 1 Layer
https://youtu.be/Vl2ZgnJLi_c
Dah tengok kan video one shot satu layer ni? Haaa one shot satu layer ni video yang memerlukan satu benda sahaja yang bergerak. Boleh dikatakan benda yang main dalam video sahaja difokuskan tanpa gangguan pergerakan lain. Dalam video yang kami hasilkan ini salah seorang ahli kumpulan menjadi penyanyi dan juga pelakon. Nampak tak yang dia tak perlukan penari atau benda lain untuk video ni. Okay jadi Nad assume korang faham laa ya 👀
2) Video One Shot - 2 Layers
https://youtu.be/bqT5bmVKzio
Okay sekarang tengok dulu video one shot dua layer ni. Rugi tak tengok, bersemut skrin kita hehe. Perasan ke ada perbezaan? Dalam video ni ada dua orang yang menjadi penyanyi dan pelakon. Tiada gangguan pergerakan lain sebab video ni dua layer jadi cukup laa ada dua orang pasangan bahagia dalam video ni jee. Comel kan dieorang!
3) Video One Shot - 3 Layers
https://youtu.be/WXlqoEXruVs
Siapa dah tengok video one shot tiga layer ni? Mesti tengok sambil menari kan hahaha layan betul yaa video ni. Video ni ada sorang yang menyanyi bersama dua orang yang menari kan? Haa kan jadi tiga layer tu. Jadi semua faham laa kan? Okay bagus semua faham hahaha semoga bermanfaat untuk semua ya!
No comments:
Post a Comment