Drama Korea : Realiti atau Fantasi
Kredit : Dewan Bahasa dan Pustaka
https://youtu.be/zNx2BjyJmlA
Seronok dengar perkongsian Prof mengenai drama Korea yang pelbagai. Secara jujur, saya bukan peminat K-drama. Masa Prof kongsikan drama-drama Korea yang beliau tonton, satu drama pun saya tak tahu hahaha tapi kawan-kawan yang lain kemain yaa semua tahu! Tapi ada juga drama Korea yang pernah saya tonton, contohnya Weightlifting Kim Bok Joo (drama ni tengok banyak kali pun best ya!), The Heirs, dan lain-lain. Sebenarnya tak ingat tajuk hahaha apatah lagi nama pelakon, lagi laa tak ingat. Prof ada kongsikan beberapa kebaikan dalam menonton drama Korea ni. Antaranya seseorang itu boleh bercakap dan faham bahasa Korea. Ini memang tak dinafikan sebab ramai juga kawan-kawan yang minat drama Korea pandai cakap Korea. Hebat betul! Semoga kita sentiasa ambil perkara yang baik-baik dan memberi manfaat kepada semua.
Bukti Komen dan Share
No comments:
Post a Comment