Tuesday 6 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CLOSE UP

 CLOSE UP

RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

NOTA : Close up ialah gambar yang diambil dalam jarak yang dekat dan memfokuskan pada sesuatu benda atau muka seseorang. Kebiasaannya close up digunakan untuk menunjukkan wajah seseorang dengan jelas. Close up juga boleh dilakukan semasa seseorang melakukan aktiviti yang memfokuskan pada wajah atau aktiviti yang dilakukan dengan jarak yang dekat.


MANUSIA


Huraian : Gambar memfokuskan kepada sebahagian wajah seorang model yang senyum dengan susunan gigi yang rapi dan cantik.


Huraian : Gambar memfokuskan kepada wajah seorang model dan kelihatan lesung pipit yang menawan apabila senyum.


Huraian : Gambar memfokuskan kepada sebahagian wajah seorang model yang menutup sebahagian lagi wajahnya dengan tangan. 


Huraian : Gambar memfokuskan kepada wajah bayi yang terselah kecomelannya dan matanya yang bulat.


Huraian : Gambar memfokuskan kepada bahagian mata seorang model yang memakai pelitup hidung dan mulut . 

HAIWAN


Huraian : Gambar memfokuskan kepada seekor burung yang sedang menghinggap di atas ranting kayu. 


Huraian : Gambar memfokuskan kepada seekor ulat bulu yang berwana hijau dan kakinya sedang bergerak di atas permukaan seluar.


Huraian : Gambar memfokuskan kepada salah seekor spesis tikus yang bernama Guinea Pig atau tikus belanda. Gambar tersebut jelas kelihatan bahawa tikus tersebut berwarna coklat dan putih. 


Huraian : Gambar memfokuskan kepada seekor kucing yang mempunyai campuran warna kelabu, hitam, dan putih seperti oreo. 


Huraian : Gambar memfokuskan kepada seekor ikan buntal yang sedang berenang dalam akuarium. Gambar tersebut jelas menunjukkan corak yang terdapat pada ikan buntal tersebut.

BUNGA ATAU DAUN


Huraian : Gambar memfokuskan kepada sekuntum bunga berwarna merah yang kelihatan tangkai dan garis timbul pada bahagian dalam bunga. Bunga tersebut ialah Bunga Anthurium.


Huraian : Gambar memfokuskan kepada beberapa helai daun yang jelas kelihatan corak dan campuran warna hijau serta kuning pada daun. 


Huraian : Gambar memfokuskan kepada beberapa helai daun keladi yang cantik dan jelas kelihatan campuran warna hijau serta ungu. Urat pada daun juga jelas kelihatan.


Huraian : Gambar memfokuskan kepada sekuntum bunga ros berwarna oren yang jelas kelihatan bentuk dan corak dalam bunga.


Huraian : Gambar memfokuskan kepada sekuntum bunga matahari dan memperlihatkan bahagian dalam bunga dengan jelas. 

BENDA


Huraian : Gambar memfokuskan kepada getah rambut yang berlainan corak dan jelas kelihatan warna serta bentuk yang ada.


Huraian : Gambar memfokuskan kepada seutas jam tangan yang memperlihatkan tulisan dan jarum dalam jam tersebut.


Huraian : Gambar memfokuskan kepada kulit depan sebuah al-Quran yang menunjukkan corak-corak halus. 


Huraian : Gambar memfokuskan kepada dua batang pen berwarna hitam yang menunjukkan terdapat tulisan "Faber-Castell" pada pen tersebut.


Huraian : Gambar memfokuskan kepada tapak kasut yang memperlihatkan corak dan bentuk yang ada pada tapak kasut tersebut. 



Ana Nadhirah binti Zulkifle 
203013

No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  Setiap tugasan sepanjang minggu 14 ini disertakan dengan pautan di bawah bagi setiap tajuk : 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEK...