MUG SHOT
RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia
NOTA : Mug shot ialah gambar yang diambil dalam jarak dekat dan hanya memfokuskan pada bahagian muka. Mug shot ini bertujuan untuk mempamerkan raut wajah dengan cara yang terperinci dan wajah itu mudah dikenali oleh orang ramai. Kebiasaannya, mug shot banyak dilakukan oleh wartawan untuk orang yang ditemu bual. Mug shot juga digunakan untuk kad pengenalan atau pasport tetapi agak berbeza kerana dilakukan dalam studio yang khas supaya warna latar dapat dikenal pasti. Namun, taknik mug shot tidak sesuai digunakan untuk video kerana pergerakan seseorang dalam rakaman tersebut.
MODEL : Ana Nadhirah binti Zulkifle
Emosi : Gembira
Huraian : Model menunjukkan reaksi muka gembira. Dalam gambar tersebut model menunjukkan bahawa terdapat banyak reaksi muka gembira. Reaksi muka gembira juga menggambarkan kegembiraan model tersebut. Reaksi muka gembira dapat digambarkan apabila seseorang itu tersenyum atau tersengih.
Gambar 1 : Model menunjukkan reaksi gembira apabila dipuji.
Gambar 2 : Model menunjukkan reaksi gembira apabila mendapat kejutan atau hadiah.
Gambar 3 : Model menunjukkan reaksi gembira apabila dapat balik kampung berjumpa dengan saudara mara.
Gambar 4 : Model menunjukkan reaksi gembira apabila dapat makan makanan kegemaran.
Gambar 5 : Model menunjukkan reaksi gembira apabila menerima keputusan yang cemerlang.
Gambar 6 : Model menunjukkan reaksi gembira apabila dapat berjumpa dengan kawan-kawan.
Emosi : Sedih
Huraian : Model menunjukkan reaksi muka sedih. Dalam gambar tersebut model menunjukkan bahawa terdapat banyak reaksi muka sedih. Reaksi muka sedih menggambarkan kesedihan model tersebut dan mungkin disebabkan berasa kecewa, terasa atau terluka. Reaksi muka sedih boleh dilihat apabila seseorang itu kelihatan sayu atau menangis.
Gambar 1 : Model menunjukkan reaksi sedih apabila rindukan orang tersayang seperti keluarga ketika berada jauh dengan mereka.
Gambar 2 : Model menunjukkan reaksi sedih apabila menonton cerita atau drama yang menyedihkan.
Gambar 3 : Model menunjukkan reaksi sedih apabila dimarahi kerana terguris hati.
Gambar 4 : Model menunjukkan reaksi sedih apabila kecewa dengan sesuatu perkara seperti tidak mendapat keputusan cemerlang.
Gambar 5 : Model menunjukkan reaksi sedih apabila ditinggalkan dan patah hati.
Gambar 6 : Model menunjukkan reaksi terlampau sedih atas sebab tertentu.
Emosi : Takut
Huraian : Model menunjukkan reaksi muka takut. Dalam gambar tersebut model menunjukkan bahawa muka takut juga mempunyai pelbagai reaksi. Reaksi muka takut dapat digambarkan dalam beberapa situasi seperti seram, dimarahi, mencurigakan, dan sebagainya.
Gambar 1 : Model menunjukkan reaksi takut apabila menonton cerita seram.
Gambar 2 : Model menunjukkan reaksi takut apabila terdengar bunyi yang menakutkan atau mencurigakan.
Gambar 3 : Model menunjukkan reaksi takut apabila mendengar bunyi guruh atau kilat yang kuat.
Gambar 4 : Model menunjukkan reaksi takut apabila berada dalam keadaan gelap berseorangan.
Gambar 5 : Model menunjukkan reaksi takut apabila membuat salah kerana takut dimarahi.
Gambar 6 : Model menunjukkan reaksi takut apabila ternampak haiwan berbisa yang menakutkan kerana fobia.
Emosi : Geram
Huraian : Model menunjukkan reaksi muka geram. Emosi geram juga dapat ditunjukkan dengan reaksi muka yang pelbagai. Reaksi muka geram dapat digambarkan dalam situasi di mana seseorang itu geram dengan kecomelan atau geram sehingga menjadi marah. Oleh sebab itu model menunjukkan reaksi geram yang menunjukkan dahinya berkerut dan mengetap gigi.
Gambar 1 : Model menunjukkan reaksi geram apabila diri sendiri dipersalahkan oleh orang lain.
Gambar 2 : Model menunjukkan reaksi geram apabila tidak dapat membeli barang yang diinginkan.
Gambar 3 : Model menunjukkan reaksi geram apabila melihat baju-baju yang cantik.
Gambar 4 : Model menunjukkan reaksi geram apabila idea yang diberikan tidak didengari oleh rakan.
Gambar 5 : Model menunjukkan reaksi geram apabila tidak dapat mengeluarkan idea ketika sedang membuat kerja.
Gambar 6 : Model menunjukkan reaksi geram apabila melihat sesuatu yang comel seperti kucing atau bayi.
Emosi : Marah
Huraian : Model menunjukkan reaksi muka marah. Reaksi muka marah yang ditunjukkan oleh model juga terdapat pelbagai jenis riak muka. Reaksi muka seseorang yang marah dapat digambarkan apabila dahi berkerut atau sedang menjengkelkan mata dan mengetap gigi. Terdapat juga reaksi marah yang ditunjukkan oleh model apabila kening sebelah kiri diangkat dengan muka yang tidak senyum.
Gambar 1 : Model menunjukkan reaksi marah apabila dicurangi.
Gambar 2 : Model menunjukkan reaksi marah apabila tidak dapat perkara yang diinginkan.
Gambar 3 : Model menunjukkan reaksi marah apabila mendapat tahu bahawa terdapat ahli kumpulan tidak membuat kerja.
Gambar 4 : Model menunjukkan reaksi marah apabila sedang memarahi kanak-kanak yang nakal.
Gambar 5 : Model menunjukkan reaksi marah apabila mendengar sesuatu yang tidak memuaskan hati.
Gambar 6 : Model menunjukkan reaksi marah apabila barang peribadi dicuri atau diambil oleh orang lain.
Emosi : Terkejut
Huraian : Model menunjukkan reaksi muka terkejut. Model menunjukkan bahawa terdapat pelbagai jenis reaksi muka terkejut. Muka terkejut kebiasaannya apabila melihat sesuatu atau mendengar berita yang mengejutkan atau apabila dikejutkan oleh seseorang. Model menunjukkan bahawa reaksi terkejut kebiasaannya mata akan membesar dan mulut akan terlopong.
Gambar 1 : Model menunjukkan reaksi terkejut apabila mendengar berita kawan baik ingin kahwin.
Gambar 2 : Model menunjukkan reaksi terkejut apabila harga baju yang ingin dibeli terlampau mahal.
Gambar 3 : Model menunjukkan reaksi terkejut apabila berlaku kemalangan secara tiba-tiba.
Gambar 4 : Model menunjukkan reaksi terkejut apabila mendengar berita yang tidak disangka.
Gambar 5 : Model menunjukkan reaksi terkejut apabila ternampak sesuatu yang pelik.
Gambar 6 : Model menunjukkan reaksi terkejut apabila ternampak bekas kekasih hati bersama kekasih barunya.
Emosi : Ketawa
Huraian : Model menunjukkan reaksi muka ketawa. Emosi ketawa juga dapat memberikan reaksi muka yang pelbagai. Reaksi muka seseorang ketawa adalah kerana berasa sangat gembira terutama apabila mendengar atau melihat sesuatu yang kelakar. Kebiasaannya, reaksi muka ketawa dapat ditunjukkan apabila seseorang itu ketawa sehingga nampak gigi.
Gambar 1 : Model menunjukkan reaksi ketawa apabila menonton cerita atau hiburan yang kelakar dan lucu.
Gambar 2 : Model menunjukkan reaksi ketawa yang dibuat-buat apabila terpaksa ketawa kerana ingin menjaga hati mereka yang cuba membuat lawak.
Gambar 3 : Model menunjukkan reaksi ketawa apabila mendengar lawak yang dibuat oleh rakan atau sesiapa sahaja.
Gambar 4 : Model menunjukkan reaksi ketawa apabila melihat sesuatu yang melucukan.
Gambar 5 : Model menunjukkan reaksi ketawa apabila sedang berbual perkara yang kelakar dengan rakan-rakan.
Gambar 6 : Model menunjukkan reaksi ketawa apabila mendapat pesanan ringkas atau video yang melucukan.
No comments:
Post a Comment