Tuesday, 22 June 2021

BBM3410-2021-MINGGU 13-MISTERI KOPI

Misteri Kopi 

Kredit : Dewan Bahasa dan Pustaka


https://www.youtube.com/watch?v=d-q-toRLmD4

Topik sembang tamu kali ini memang seronok dengar sebab tentang kopi! Iya, saya pencinta kopi. Saya dan kopi memang tak boleh dipisahkan kecuali waktu saya puasa kopi hahahah. Kena puasa yaa kalau dah kerap sangat minum, demi kesihatan hahahaha.Tadi ada tayangan video yang Dr ada buat kopi sendiri di rumah. Dah lama sangat teringin nak ada mesin kopi sendiri, seronoknyaaa! Tak tahu la kenapa, tapi bagi laa apa kopi pun saya minum je hahahah. Kalau gi Mcd lagi laa, memang akan beli Iced Latte wuu sedapnyaa. Orang lain biasa minum air kopi kat Starbucks takpun Coffee Bean. Tapi saya tak pernah, selalunya pergi mana-mana kafe yang cantik dan minum kopi kat situ sambil lepak dengan kawan. Paling best! Ataupun buat sendiri je kat rumah hahaha rasa macam lagi sedap daripada beli mahal-mahal. Cerita tentang kopi ni rasa nak buat kopi laa hm nak buat kopi dulu!

Bukti Soalan


Nama Kopi 
Iced Latte & Cappucino


Kedai Kopi
Mcd & Old Town White Coffee


Friday, 18 June 2021

BBM3410-2021-MINGGU 14-RESENSI BUKU

Resensi Buku

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.


 https://youtu.be/DGT7KmurMiA

BBM3410-2021-MINGGU 14-TEMU BUAL

Temu Bual

Tajuk : Guru Juga Hebat Memasak?

Tetamu : Puan Rohana binti Md Husin

 


https://youtu.be/ru6lEgGdkyk

BBM3410-2021-MINGGU 14-SEPI (INSTAGRAM)

 Sepi

Aplikasi : Instagram

Alhamdulillah, sekarang dah minggu 14 dan ini merupakan tugasan terakhir bagi kursus Multimedia dalam Bahasa (BBM3410). Banyak sangat ilmu dan pengetahuan yang diperoleh daripada kursus ini. Secara jujur, ingin saya kaitkan dengan tema minggu 14 iaitu sepi. Sepanjang 14 minggu, saya kurang berasa sepi kerana seronok menyiapkan tugasan Multimedia. Tugasan memang banyak, tapi dalam tak sedar semuanya membuatkan saya menjadi orang yang sibuk dan kurang berasa sepi. Dalam kesulitan sesuatu perkara itu sebenarnya ada keindahan yang kita belum nampak sebab kita akan nampak apabila berada di penghujungnya. Macam sekarang ni laa. Alhamdulillah, bersyukur sangat dikurniakan pensyarah yang baik, ahli kumpulan semua sangat mudah bagi komitmen. Semoga ilmu ini akan kekal dalam ingatan dan menjadi manfaat untuk diri sendiri serta orang lain. 

Post : 29 Jun 2021


Bukti Komen







Bukti Kehadiran Minggu 14

BBM3410-2021-MINGGU 13-SUASANA (INSTAGRAM)

 Suasana

Aplikasi : Instagram

Suasana ni merupakan sesuatu yang kita pernah ada dalamnya. Pada ketika itu kita nikmati satu suasana dan pada kemudian hari kita rindukan suasana itu. Banyak suasana yang kita impikan, yang kita rindu, dan kita boleh mencipta satu perasaan yang tidak boleh digambarkan. Macam saya, banyak suasana yang saya impikan dan banyak juga suasana yang sangat saya rindukan. Suasana zaman sekolah, suasana bercuti bersama keluarga, suasana dengan rakan-rakan, suasana di universiti, dan banyak lagi. Suasana yang diimpikan ni sebenarnya semua orang ada. Contohnya, pasti akan ada yang ingin rasa suasana bekerja, suasana dalam rumah tangga, suasana di luar negara, dan banyak lagi. Besar rupanya pandangan dalam suasana ni. Hargai setiap suasana dalam hidup kita dan manfaatkannya sebaik mungkin. 

Post : 23 Jun 2021



Bukti Komen









Bukti Kehadiran

BBM3410-2021-MINGGU 12-KEINDAHAN (INSTAGRAM)

 Keindahan

Aplikasi : Instagram

Keindahan itu semua orang suka. Siapa je yang tak suka dengan sesuatu keindahan kan? Boleh jadi sesuatu keindahan itu kita nampak, dan ada juga keindahan yang kita tak nampak tapi boleh dirasai. Kita boleh rasa keindahan dalam keluarga kita, keindahan dalam persahabatan, keindahan mempelajari sesuatu, dan sebagainya. Keindahan yang kita nampak mungkin keindahan sesuatu alam itu, keindahan rupa atau wajah orang tersayang, dan banyak lagi yang indah di mata kita. Hargai keindahan yang kita ada dan percayalah bahawa senyuman kita itu satu keindahan tidak terkata. Senyumlah walau dalam duka kehidupan, tetap akan memberi keindahan di kemudian hari. 

Post : 16 Jun 2021


Bukti Komen






Saturday, 12 June 2021

BBM3410-2021-MINGGU 11-DRAMA KOREA : REALITI ATAU FANTASI

 Drama Korea : Realiti atau Fantasi

Kredit : Dewan Bahasa dan Pustaka

https://youtu.be/zNx2BjyJmlA

Seronok dengar perkongsian Prof mengenai drama Korea yang pelbagai. Secara jujur, saya bukan peminat K-drama. Masa Prof kongsikan drama-drama Korea yang beliau tonton, satu drama pun saya tak tahu hahaha tapi kawan-kawan yang lain kemain yaa semua tahu! Tapi ada juga drama Korea yang pernah saya tonton, contohnya Weightlifting Kim Bok Joo (drama ni tengok banyak kali pun best ya!), The Heirs, dan lain-lain. Sebenarnya tak ingat tajuk hahaha apatah lagi nama pelakon, lagi laa tak ingat. Prof ada kongsikan beberapa kebaikan dalam menonton drama Korea ni. Antaranya seseorang itu boleh bercakap dan faham bahasa Korea. Ini memang tak dinafikan sebab ramai juga kawan-kawan yang minat drama Korea pandai cakap Korea. Hebat betul! Semoga kita sentiasa ambil perkara yang baik-baik dan memberi manfaat kepada semua. 


Bukti Komen dan Share

   



   

BBM3410-2021-MINGGU 11-ALAM SEMULA JADI (TWITTER)

 Alam Semula Jadi

Aplikasi : Twitter

Alam semula jadi itu jika dipandangan, subhanaAllah indah sangat. Ramai sangat yang sukakan alam semula jadi. Lihat pemandangan bukit bukau, pokok-pokok menghijau, ketenangan pantai, langit yang buat kita tersenyum. Nikmat apa lagi yang kau dustakan? Seronok sangat bila tengok kawan-kawan berkongsi keindahan alam semula jadi di Twitter. Semua gambar cantik sangattt! Saya suka tengok pokok-pokok menghijau, sebab rasa tenang. Kalau pergi pantai atau laut, suka bila tengok ombak ditemani angin. Satu perasaan yang buat diri ni bahagia, Allah je tahu. Terima kasih buat pencipta alam 💖

Post : 9 Jun 2021






Bukti Retweet



BBM3410-2021-MINGGU 11-KISAH SEDIH (FACEBOOK)

Kisah Sedih Sebenar

Aplikasi : Facebook

Dalam hidup setiap orang, pasti ada cerita sedih di sebalik bahagianya kehidupan. Kisah sedih kita semua tak sama dan cuma kita yang rasa sebab kaki kita bukan dalam kasut yang sama. Bila baca post kawan-kawan rasa sedih, tapi ada juga yang selit kelakar. Daripada situ saya belajar yang perjalanan hidup kita semua tak sama. Andai saya rasa kisah saya dah cukup sedih, kena tahu bahawa orang lain jauh lagi sedih kisahnya. Saya sendiri belum tentu kuat sekiranya berada di tempat mereka yang mempunyai kisah jauh lebih sedih. Betul, Allah  takkan uji kita kalau kita tak mampu. Baiknya Allah sebab beri ujian untuk kita jadi manusia yang kuat, bersabar, dekatkan diri dengan-Nya. Andai bersedih, Allah dulu. Luahkan semua yang terbuku di hati. Apa yang Dia beri akan lebih daripada apa yang kita minta. Semoga bermanfaat untuk semua 💖 

Post : 9 Jun 2021



Bukti Komen

 

















Wednesday, 2 June 2021

BBM3410-2021-MINGGU 10-VIDEO FOKUS

 VIDEO FOKUS

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang.


https://youtu.be/6IQIvFG1jt4 

Sebelum cerita, nak lap air mata kejap. Video fokus ni sebenarnya fokus pada pen tapi jadi sedih pulak yaa. Okay meh nak cerita sikit jalan cerita video ni bagi siapa yang tak dapat faham. Masa pen jatuh tengah berjalan tu, tiba-tiba teringat yang pen tu ibu bagi masa tengah sakit. Scene yang masa ibu taknak makan ubat dan bagi pen dalam keadaan tangan berdarah hm sedih tau scene ni. Okay lepastu keluar keputusan peperiksaan dan pen tu sangat berguna. Masa tu rasa hargai sangat pemberian ibu. Kemudian masa tengah guna pen member pulak ajak gaduh sampai terjatuh pen ibu bagi. Akhir sekali, tulis sesuatu untuk ibu dengan pen tu yang menunjukkan anaknya dah pun berjaya. Jangan sedih-sedih dah. Hargai pemberian orang tersayang dan sentiasa mendoakan mereka 💖

BBM3410-2021-MINGGU 10-PERUBAHAN (INSTAGRAM)

 Perubahan

Aplikasi : Instagram

Perubahan? Apa yang berubah? Rasa macam sama je. 

Koranggg, Nad nak tanya ni. Perasan tak ada perubahan dalam diri korang walaupun sikit? Kadang-kadang kita memang tak perasan, tapi orang sekeliling akan perasan apa perubahan dalam diri kita. Boleh jadi perubahan itu ke arah yang baik, tapi boleh jadi juga perubahan itu ke arah yang tidak baik. Tinggal kita je nak pilih perubahan ke arah mana. Perubahan itu yang menjadikan diri kita semakin matang dan dewasa. Macam saya, dulu selalu marah-marah walaupun hal tu remeh je. Tapi bila banyak belajar dari kehidupan sendiri dan orang lain, sekarang semakin banyak bersabar dalam setiap perkara. Alhamdulillah, sentiasa muhasabah diri untuk perubahan yang lebih baik. Semoga kita manfaatkan perkara yang baik itu dengan sebaiknya 💖

Post : 2 Jun 2021



Bukti Komen






Bukti Kehadiran Minggu 10

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  Setiap tugasan sepanjang minggu 14 ini disertakan dengan pautan di bawah bagi setiap tajuk : 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEK...