Thursday, 1 July 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

 Setiap tugasan sepanjang minggu 14 ini disertakan dengan pautan di bawah bagi setiap tajuk :

1. BIODATA DIRI

2. CERITA SOSIAL 1

3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA

4. NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

5. ASAS GRAFIK MUDAH

6. ASAS GRAFIK WARNA

7. ASAS GRAFIK TEKS

8. ASAS GRAFIK KESESUAIAN

9. ASAS GRAFIK KESEIMBANGAN

10. MUGSHOT

11. CLOSE UP

12. CERITA SOSIAL 2

13. TEORI STUBBS

14. CELIK BAHASA ISYARAT

15. BAHAN ASAS GRAFIK

16. LONGSHOT

17. MEDIUMSHOT

18. POTRAIT

19. PEMANDANGAN

20. KABUR

21. SILUET

22. OVER THE SHOULDER

23. PENDUA

24. BIRD'S EYE VIEW

25. PETA MINDA ASAS FOTOGRAFI

26. ANALISIS CERITA SOSIAL

27. DILEMA PENGEMBARA

28. ASAS FOTOGRAFI

29. NOTA TEORI ANALISIS WACANA (VANDIJK, 1997)

30. NOTA TEORI ANALISIS WACANA (FAIRCLOUGH, 1995)

31. NOTA FLATLAY

32. INSTAGRAM

33. TWITTER

34. SIMPULAN BAHASA

35. VIDEO SETEMPAT

36. VLOG HARI RAYA

37. STRATEGI KOMUNIKASI

38. ONE SHOT

39. BAB 5 (TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI)

40. PANTUN 4 KERAT

41. KESILAPAN

42. KEMANUSIAAN

43. PERUBAHAN

44. KESEDARAN

45. TEKA-TEKI

46. VIDEO FOKUS

47. VIDEO SERAM

48. VIDEO TRAGEDI

49. DRAMA KOREA : REALITI ATAU FANTASI

50. ALAM SEKITAR

51. KISAH SEDIH

52. KEINDAHAN

53. SUASANA

54. MISTERI KOPI

55. RESENSI BUKU

56. TEMU BUAL

57. SEPI


PENGAKUAN :

Dengan ini, saya Ana Nadhirah binti Zulkifle bernombor matrik 203013 mengaku bahawa saya sudah siapkan semua tugasan yang diperuntukkan bagi kursus Multimedia dalam Bahasa (BBM3410) dengan lengkap dan sempurna. Tugasan ini meliputi 57 tugasan yang telah saya post di laman blog saya dan dihasilkan oleh saya sendiri serta kerjasama dalam kumpulan. Semoga semua tugasan ini dapat memberi manfaat kepada diri saya dan pembaca. 

Terima kasih diucapkan kepada pensyarah bagi kursus ini iaitu Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim atas segala ilmu yang dicurahkan sepanjang 14 minggu kuliah. Terima kasih juga kepada ahli kumpulan saya yang memberi kerjasama dalam menyiapkan tugasan berkumpulan dengan baik. Semoga segala ilmu ini diberkati dan berguna sepanjang hayat. Terima kasih atas pengalaman ini <3 

Tuesday, 22 June 2021

BBM3410-2021-MINGGU 13-MISTERI KOPI

Misteri Kopi 

Kredit : Dewan Bahasa dan Pustaka


https://www.youtube.com/watch?v=d-q-toRLmD4

Topik sembang tamu kali ini memang seronok dengar sebab tentang kopi! Iya, saya pencinta kopi. Saya dan kopi memang tak boleh dipisahkan kecuali waktu saya puasa kopi hahahah. Kena puasa yaa kalau dah kerap sangat minum, demi kesihatan hahahaha.Tadi ada tayangan video yang Dr ada buat kopi sendiri di rumah. Dah lama sangat teringin nak ada mesin kopi sendiri, seronoknyaaa! Tak tahu la kenapa, tapi bagi laa apa kopi pun saya minum je hahahah. Kalau gi Mcd lagi laa, memang akan beli Iced Latte wuu sedapnyaa. Orang lain biasa minum air kopi kat Starbucks takpun Coffee Bean. Tapi saya tak pernah, selalunya pergi mana-mana kafe yang cantik dan minum kopi kat situ sambil lepak dengan kawan. Paling best! Ataupun buat sendiri je kat rumah hahaha rasa macam lagi sedap daripada beli mahal-mahal. Cerita tentang kopi ni rasa nak buat kopi laa hm nak buat kopi dulu!

Bukti Soalan


Nama Kopi 
Iced Latte & Cappucino


Kedai Kopi
Mcd & Old Town White Coffee


Friday, 18 June 2021

BBM3410-2021-MINGGU 14-RESENSI BUKU

Resensi Buku

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.


 https://youtu.be/DGT7KmurMiA

BBM3410-2021-MINGGU 14-TEMU BUAL

Temu Bual

Tajuk : Guru Juga Hebat Memasak?

Tetamu : Puan Rohana binti Md Husin

 


https://youtu.be/ru6lEgGdkyk

BBM3410-2021-MINGGU 14-SEPI (INSTAGRAM)

 Sepi

Aplikasi : Instagram

Alhamdulillah, sekarang dah minggu 14 dan ini merupakan tugasan terakhir bagi kursus Multimedia dalam Bahasa (BBM3410). Banyak sangat ilmu dan pengetahuan yang diperoleh daripada kursus ini. Secara jujur, ingin saya kaitkan dengan tema minggu 14 iaitu sepi. Sepanjang 14 minggu, saya kurang berasa sepi kerana seronok menyiapkan tugasan Multimedia. Tugasan memang banyak, tapi dalam tak sedar semuanya membuatkan saya menjadi orang yang sibuk dan kurang berasa sepi. Dalam kesulitan sesuatu perkara itu sebenarnya ada keindahan yang kita belum nampak sebab kita akan nampak apabila berada di penghujungnya. Macam sekarang ni laa. Alhamdulillah, bersyukur sangat dikurniakan pensyarah yang baik, ahli kumpulan semua sangat mudah bagi komitmen. Semoga ilmu ini akan kekal dalam ingatan dan menjadi manfaat untuk diri sendiri serta orang lain. 

Post : 29 Jun 2021


Bukti Komen







Bukti Kehadiran Minggu 14

BBM3410-2021-MINGGU 13-SUASANA (INSTAGRAM)

 Suasana

Aplikasi : Instagram

Suasana ni merupakan sesuatu yang kita pernah ada dalamnya. Pada ketika itu kita nikmati satu suasana dan pada kemudian hari kita rindukan suasana itu. Banyak suasana yang kita impikan, yang kita rindu, dan kita boleh mencipta satu perasaan yang tidak boleh digambarkan. Macam saya, banyak suasana yang saya impikan dan banyak juga suasana yang sangat saya rindukan. Suasana zaman sekolah, suasana bercuti bersama keluarga, suasana dengan rakan-rakan, suasana di universiti, dan banyak lagi. Suasana yang diimpikan ni sebenarnya semua orang ada. Contohnya, pasti akan ada yang ingin rasa suasana bekerja, suasana dalam rumah tangga, suasana di luar negara, dan banyak lagi. Besar rupanya pandangan dalam suasana ni. Hargai setiap suasana dalam hidup kita dan manfaatkannya sebaik mungkin. 

Post : 23 Jun 2021



Bukti Komen









Bukti Kehadiran

BBM3410-2021-MINGGU 12-KEINDAHAN (INSTAGRAM)

 Keindahan

Aplikasi : Instagram

Keindahan itu semua orang suka. Siapa je yang tak suka dengan sesuatu keindahan kan? Boleh jadi sesuatu keindahan itu kita nampak, dan ada juga keindahan yang kita tak nampak tapi boleh dirasai. Kita boleh rasa keindahan dalam keluarga kita, keindahan dalam persahabatan, keindahan mempelajari sesuatu, dan sebagainya. Keindahan yang kita nampak mungkin keindahan sesuatu alam itu, keindahan rupa atau wajah orang tersayang, dan banyak lagi yang indah di mata kita. Hargai keindahan yang kita ada dan percayalah bahawa senyuman kita itu satu keindahan tidak terkata. Senyumlah walau dalam duka kehidupan, tetap akan memberi keindahan di kemudian hari. 

Post : 16 Jun 2021


Bukti Komen






SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  Setiap tugasan sepanjang minggu 14 ini disertakan dengan pautan di bawah bagi setiap tajuk : 1. BIODATA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEK...